Sunday, December 4, 2011

Soal Jawab puasa As-syura..

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:

Kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada. Sila klik sini.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lam

- Artikel iluvislam.com

Rasulullah SAW contoh terbaik..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata: "Kedua telingaku ini pernah mendengar dan kedua mataku ini pernah melihat Rasulullah mengambil Hasan atau Husain dengan kedua tangannya, lalu kaki Hasan atau Husain berada di atas kaki Rasulullah, Rasulullah SAW pun bersabda: 'Naiklah, wahai anak yang pendek, anak yang pendek dan bermata kecil'. Kemudian anak kecil itu naik hingga ia meletakkan kedua kakinya diatas dada Rasulullah.Rasulullah SAW pun bersabda kepadanya" ;Bukalah mulutmu.' Lalu Rasulullah menciumnya dan bersabda: 'Ya Allah, cintailah dia, kerana sesungguhnya aku mencintainya."

Sumber..
Tajuk buku:Berbakti kepada Orang Tua kunci Kesuksesan & Kebahagiaan anak
Penulis:Fat-hi Muhammad Ath-Thahir

Saturday, December 3, 2011

Journey of My Life Part 2...12 & 13 Mac 2011



12 - 13.03.2011...
Day 1 & 2..
Location :: London


..dah lama post ni duduk dalam draft sebenarnye.baru sekarang nak post..


"Europe Trip"...March 12th - 27th 2011 (16D 15N)


Tips:


...Jangan bawa terlalu banyak baju..boleh dibeli disana..


...First mesti pergi ke Notting Hill (Portobello Road)..disitu t-shirt sangat murah..boleh dapat 4pound untuk 1 t-shirt.




...Juga di Primark (shopping complex)..baju dan kasut sangatlah murah...so tak payah bawa kasut terlalu banyak..kalau nak bergaya ambil gambar..beli saja disitu..


...Makanan restoran halal (kebanyakannya kebab) banyak di sekitar Bayswater.


...Buat checklist untuk senarai tiket


...Jangan lupa jadual waktu solat..(kami punyer..London,Tampere,Espoo, and Paris)


>>Ini contoh checklist...buatlah box untuk "thick" pada tiket yang dah guna.
be organize..




...Untuk penginapan di London, awal2 lagi saya sudah book (harga murah)..tetapi tiba2 saya dapat email mengatakan hotel tersebut mengalami kerosakan electrical wiring due to heavy rain..menggelabah sedikit...yelah, dah nak dekat..so agak susah nak cari hotel lain yang murah dan di tempat yang sama..cari punya cari jumpalah hotel nih, dekat Hammersmith district..Agak jauh sedikit kalau tengok dekat map dengan tempat lain..


...Hajat awal memang hendak book dekat area  Bayswater ,tempat first time saya duduk semasa pergi ke London buat pertama kali...Tapi tidak mengapa juga sebab apa salahnya...mungkin yang ini lebih baik dari sebelum ini...(Memang pun..)


And the Journey begins..




...1st hotel untuk kami spend one night only..




...Oklah hotel ni.
...Ada bilik air sekali, walaupun kecil.
...Tempat makan pun ok.
...Owner die pakistan rasanya.




13.03.2011...
Day 1..
Location :: London..


..ingat nak check-out awal....dalam 7am (london)dan bercadang untuk "breakfast" awal..tapi tak siap lagi...
..Melepak di lobi hotel sambung episod "Good Luck"...


..Breakfast jam 8am(London)...we are having cornflakes with milk, toast bread with jam and 2 glasses of orange juice and apple juice...(proper breakfast so far)..


..Pagi2 nak check next hotel boleh check-in awal atau tak...so tinggal luggage kat "luggage room" then pergi next hotel nak check boleh check-in awal atau tak...


..Hotel yg kedua ni terletak di kawasan rumah dan ada satu sekolah...so at first mcm confuse tgk address..sampai ketuk rumah orang...rupanya alamat sama tapi no. lain..sebab dalam lorong yg lain..we "knocked" someone else door...nasib baik mat salleh ni friendly...hehe


...Boleh check-in awal so patah balik ke hotel ambil beg, simpan di hotel no.2.


Our first day exploring London start with visiting Madamme Tussaud and London eye..


...Kami ambil tube dari Hammersmith(line piccadily), transit ke Green Park (line Jubilee) terus stop ke Baker street)


...Turun, jalan sikit, my friend ternampak souvenier shop..hmm..ahha...


...Terserempak dengan satu family Melayu, tetapi tak tegur pun.


...Di depan nampak signboard Madamme Tussaud, ramai juga orang, beraturlah sama.




...Dah sampai ke pintu masuk barulah tahu salah lorong rupanya..lama jugalah kami beratur..


...Kami kena pergi ke pintu 3 untuk yang sudah booking lebih awal.


...Beratur lagi, beg kene periksa, dah masuk, carilah kaunter untuk claimed our tickets.


...Lama tunggu...ambil gambar berlatarbelakangkan Madamme Tussaud.






...Tunggu lagi,minta bukti kad kredit dan slip pembayaran.Ok, saya tunjuk.


...Tunggu lagi...tunggu lagi...ok dah jumpa.Dapat sekali tiket London eye.Yati yang jumpa laman web ni, boleh purchase tiket London eye sekali..


...Naik lift, keluar, ramainya orang.Jalan, ramai wartawan ambil gambar kami..wow..klik sana klik sini....(fake je ni..bagi excited sikit)..


...Ke kanan , first nampak Edward Cullen, pandang kanan nampak Harry Potter.Ambil gambar dengan Harry potter, next Edward, beratur jugalah nak ambil gambar dengan artis nih..


...Pusing kiri nampak Nicole Kidman, nak cari Matt Damon sebenarnye..rupanya tak ada..


...Nampak Shah Rukh Khan, ambil gambar.


...Nampak Johny Depp, tak nak.Tom Cruise, tak nak.Christina Aguilera, tak nak.Julia Robert, I like..


...Teruskan misi mencari artis..siapa ni?..oh Kate Moss...ambiklah..


...Nampak Whoopy Guldberg, tak nak, Marilyn Monroe, tak nak.Nampak Audrey Hepburn...nak.Nampak Jim Carey, tak nak.


...Terus..siapa ni, tak kenal..


...Nampak Louis Hamilton, nak...teringat dekat awi.Nampak Ronaldo, tak nak.Beckham, tak nak.Teruskan perjalana..Lady Gaga,sumpah tak nak.Nampak Barrack Obama, tak nak.


...Sebelum tu nampak keluarga William, tak nak.Gandhi, tak nak.Terus,sampailah tempat "scream"..Mulanya beratur..macam seram...cancel, keluar barisan.Kami tak beli souvenier pun.






...Keluar, hujan lah pula..renyai2..dah standby raincoat, simpan kamera.be prepared..




...Ada perubahan perjalanan..Yati cadangkan untuk ke Camden Town.Ambil bas no.27,kami naik tingkat atas..sesuai untuk menikmati pemandangan.


...Kami lapar,makanlah sardin roll beberapa yang dibawa oleh Yati .


...Turun dekat Camden street...salah rupanya.Naik bas semula dan turun di Camden Town.
...Terasa macam di uptown di Malaysia.Yati nak cari jaket kulit sebenarnya..


...Ada jumpa yang berharga 50pound..over bajet.tak boleh katanya.Jalanlah tengok2 ada but yang murah..


...Keluar dari situ after a few snap.


...Pergi next market.Tak ingat apa namanya..Dapatlah yati beli jaket kulit berwarna hitam.


...Balik ke hotel untuk solat.Check-in.Rehat sebentar sambil makan maggie dan habiskan cerita "Good Luck" hingga final episod..


...Teruskan perjalanan untuk bergerak ke Waterloo station untuk ke London Eye. Dari Hammersmith transit ke westminster, tukar ke Waterloo ikut Jubuilee. Sampai, tak nampak pula London Eye..sikit pun tak nampak..


...Berjalanlah, pusing sini sana, kelihatan kedai2 disitu ada yang sudah tutup sebab dah petang.


...Jalan lagi, nampaklah London Eye di seberang...sudah..pusing balik, lalulah kami di lorong yang tidak bernama.Bau busuk..(London bau busuk?)




Dari jauh nampak bangunan St.Mary (by Norman Foster.Ada yang panggil bangunan peluru).Jumpalah pintu belakang Waterloo station. Nampak jam trademark di waterloo station (cerita sekuel Bourne).Stop sekejap ambail gambar.2 kali dah sampai disini..




...Teruskan perjalanan.Keluar dari Waterloo station(by Renzo Piano), Nampaklah kelibat London eye.Kiranya kami lalu jejantas, turun, kelihatan agak sudah senja...agak gelap.Ambil gambar pun gelap.Kami membuat perkiraan dan akhirnya we decided to ride the London eye.Night view from London Eye.Before this saya dah dapat ambil gambar London eye in day.Cantik juga ditambah dengan cahaya waktu malam. As usual we snapped for few photos.Semasa tengah beratur, ade guard yang jaga pintu tegur dan tanya.Malaysia?..Hahaha..nampak sangat ramai orang Malaysia naik benda ni.


A few snap from both of us with love..















Wednesday, November 30, 2011

Tiada Tuhan Melainkan Allah...Nabi Muhammad itu pesuruh Allah....



Walau apa pun yang terjadi...
Betapa berat Musibah yang menimpa...
Betapa lemah jari ini...
Betapa runtun jiwaku...
Betapa kaku langkahku...

Allah ada...
Allah itu dekat...
Allah Maha Mendengar..
Allah Maha Penyanyang..
Maha Melihat...
Maha Pemaaf..
Maha Pemberi Rahmat...
Maha Pemurah...


Allah...
Allah...
Allah...

Wednesday, December 15, 2010

::rindu::

:: ku rindu menyebut namamu..
:: ku rindu bertahmid kalimah mu...
:: ku rindu menyeru kebesaranmu...
:: ku rindu menangis, menyerah padamu...

Ya Allah...aku merinduimu...

Thursday, November 11, 2010

As per Built Drawing

>>JOB<<

Before I leave my office for GOOD, I need to
finish up all my task given by my "Group advisor" aka "my Boss"....

My whole day on Thursday 11 Nov 2010 was spent at USIM..
At first place I thought me + my officemate are going to
measure all the room for the 6th floor..fuuuhhh...

Thanks to Allah swt...miscommunication between me and
architect and main contractor and client.... since this is my 1st
experience in one of the stage in Interior Works...
we just need to measure on the major changes especially on
the space and built-in furniture...
alhamdulillah...

Planning to travel for 2nd time

>>INTEREST<<

Sharing with you


I love to travel..especially abroad.
My truly dreaming destinations are RUSSIA and GERMAN.
I dont know when will I have a chance to go there...hmmm...
It's ok..it still in my list..and KOREA for 2012...maybe 1 day...


This is my 2nd time visit to LONDON and PARIS but 1st time to
FINLAND (Tampere + Helsinki) .
My mission is to reach to top level of Eiffle Tower, entry to
Musee de Louvre, and Gallery Lafayett.
Sad to say didn't have a chance coz of budget constrain..hehe..
Hope this 2nd time will be much easier and smoother
compared to the 1st time
(on the journey and airport counter check especially).


1st step
REASON TO GO
my collegue have this 10 years dreaming to go to
FINLAND to visit her aunt's family.


2nd steps
FUNDER + FUND
biaselah..of coz your own sallary + credit card (a must) + debit card +
part time job (hehe...rahsia kat mane..)


EXPERIENCE
credit bg yg da ada experience as a backpackers. (hotel murah + cut2 your nafsu        
makan + jalan kaki instead of naik bus + not having shower for a few days )


3rd step
BOOKING TICKET
check your journey + place to stay + interfacing time table between your flight +
transit bus as per listed below >>For 2 person (atie+yatie)<<

1) 091110 PREAUTH SALE EASYJET                              EU78.93   RM351.46 
2) 031110 SALE EASYBUS WEB PAGE (transit)                £4.50        RM22.60 

3) 031110 SALE EASYBUS WEB PAGE (transit)                £12.48      RM62.67 
4) 291010 PREAUTH SALE NBX 92149001 (transit)           £12.48      RM63.09 
5) 291010 PREAUTH SALE NBX 92137867 (transit)           £4.50        RM22.76 
6) 041010 SALE RYANAIR 0000000FHI5ME                       £110.98    RM548.32 
7) 300910 PREAUTH SALE RYANAIR                               £110.98    RM554.15


book the ticket phase by a phase.(so tak rase sgt kuar duit)...this month book
for flight and proceed to hotel for the next month.


BOOKING HOTEL
Book for the cheapest hotel you can find. Close to public transport station either
bus or train..Depends attach with bath or not...My advice, pay more for your
comfort especially we Muslim+Ladies. If you really plan due to budget constrain a dome will be fine with 8 to 10 bed per/dome.

Difficult to perform your pray. Experinced once..


4th step
PACK YOUR BAG
Each cargo bag will be charge depends on the currency. Like Air Asia procedure.
1 cargo bag + 1 cabin bag.

Backpackers bag will be check-in with different ways, need to wrap with plastic as
you can see at any airport. No xtra charge. Choose your cargo bag with built-in wheel.
As you going to walk a long distance..energy efficiency is needed in max. level...

to be continued...