Wednesday, December 28, 2011

continue..Rindu Eropah tawan Damascus..

Mulanya saya memang tak ada perasaan nak baca buku ni. Sudah lama ada pada saya dan sudah lama juga kawan saya paksa saya baca. Adalah dalam beberapa bulan..Sampai saya dah bagi kat tangan dia nak pulangkan pun, buku ni patah balik pada saya.


Balik rumah saya nekad baca. Minta maaf saya kurang berminat baca novel2 Melayu kecuali yang betul2 menang anugerah "SAKO". Saya mencari novel2 yang betul2 memberi informasi dari segi rohani ataupun intellektual seperti Dr.H.M Tuah terutamanya. Ataupun daripada Hasrizal (Aku terima Nikahnya).

Cerita balik pasal 'Rindu Eropah Tawan Damascus'..saya ada pengalaman jadi 'backpackers' tapi saya tak seberani beliau. Bacalah buku beliau, cara penceritaan yang menarik. Yang betul2 membuat saya tertarik:

1. berada di Singapore dan menjadi buruh di tengah2 bulan puasa. Juga kebijaksaan Lah Kiew membahagikan tugas untuk mengelakkan persengketaan.

2. berada di India, melarikan diri daripada pengemis kanak2 dengan menyorok di dalam masjid.

3. membuat aksi seperti Jet li untuk melarikan diri daripada kanak2. Semasa membuat persembahan nyanyian di hadapan pasukan gerila tanpa pengetahuan beliau.

4. betapa runtun hati dan mengalir juga air mata saya bila beliau ditujukan perkataan ni "No Greece for you" untuk kali ke-2 di sempadan masuk ke Greece.

Bacalah..selepas baca..saya menyimpan cita2 untuk travel sorang2..

Wish me luck..

Saturday, December 24, 2011

Journey of my life...(23 to 26Mac 2011 @ Paris & London)

"Second time" ke Paris saya dah boleh jadi "tourist guide". Bezanya kali ini saya naik "Eiffle Tower", ke "Paris Disneyland" dan masuk ke "Musee de Louvre". Kira qada' yang "first time" ke Paris.

23.03.2011...
Day 2..
Location :: Paris..from Eiffle Tower to Musee de Louvre end with Notre Dame.

Mengikut jadual destinasi pertama adalah "Eiffle Tower". Kali ini saya "purchase Metro ticket" yang untuk 10 carnet. Keluar awal pagi bergerak dari stesyen "Voltaire" ke "Trocadero".Sampai sahaja Yati menjerit...argh!!!! Saya ingat lagi punyalah "excited" dia..Bermulalah sesi "photoshoot" kami dan bermula dengan gambar ni..


Nilah yang membuatkan Yati menjerit.."Her first eye on Eiffle Tower". Banyak "stop" nak sampai sini. Saya pilih "stop" yang sama macam "first time" saya sampai. "Here, I present to you the Eiffle Tower with big love.."


Awal pagi pun orang sudah beratur panjang untuk beli tiket untuk naik ke "Eiflle Tower". Kita boleh pilih samada hendak sampai ke tingkat 2 atau 3 atau terus ke paling atas.


Ni tiket kami...


Sementara Yati beratur saya tolong jenguk2 kan "souvenier" yang ada disitu. "Check" harga dulu dan yang penting adalah poskad. Saya ada hobi baru iaitu hantar poskad untuk diri sendiri.Yang istimewanya ade cop "Eiflle Tower". Gambar pertama adalah poskad yang belum dihantar. Gambar yang ke 2 membuat perkiraan untuk timbang poskad. "Machine" warna kuning tu akan timbang berapa berat barangan kita, bayar guna syiling dan akan keluar setem dan pos disitu juga.



Mula2 naik lif yang besudut hampir "45degree"..Mula2 ok lagi.Sampai ke tingkat 2..ok lagi.

Nak sampai ke "top"...sudah mula rasa gayat. Rasanya saya lebih tutup mata daripada buka mata atau tundukkan pandangan sahaja..


Now...we are at the top!!!!






Lama jugalah berada diatas ni. Sampai 2@3 kali saya ajak Yati turun. Selepas habis tawaf "tower" ni kami turun. Turun guna tangga dan lagilah gayat..


Sampai tingkat 2 singgah di "cafe" untuk alas perut. Jangan tertipu dengan roti yang disebelah kanan tuh. Nampak sedap, berkilat. Indah rupa dari rasa. Ingat tinggal sikit dia sedaplah..Rupanya..tipah tertipu..Memang menyumpah sekejaplah..


Disitu juga terdapat "souvenier shop". Agak mahal. Saya cuma beli gelas kecil ada ukiran gambar "Eiffle Tower". Di tempat lain saya tak jumpa. Nak tambah koleksi. "So far", saya sudah ada yang "Tampere, Paris, Florence dan Venice" punya. Yang "London" tak jumpa lagi yang cantik..


Perjalanan diteruskan ke "Musee de Louvre". Tujuan utama nak berada betul2 dibawah tiga segi kaca macam dalam cerita "The Da Vincci Code". Tengok punya tengok "layout" Muzium baru tahu ada lukisan Mona Lisa di dalam ni. Punyalah cetek pengetahuan..




Ini betul2 dibawah tiga segi kaca.




Kena bayar 10euro untuk tengok "Mona Lisa" digantung di dinding.Kecil je gambar "Mona Lisa" ni rupenyer.




Keluar sahaja dan jalan kaki sedikit jumpalah "Arc de Trompe". Ambil gambar Yati, bukti dah "touchdown" disini walaupun agak panas juga disini.


Perjalanan diteruskan ke "Marc Jacob" di jalan mana pun saya sudah lupa, untuk cari barang pesanan kawan yati..Jalan punya jalan, jumpa kedainya tapi barangnya tak ada. Jumpa satu laluan di kiri kanan penuh dengan pokok berderet. Tengah nak ambil gambar ada orang ajuk kami..1,2,3...(Orang Malaysia rupanya)



Lalu kami pun "accidently" terjumpa tempat ni. Menarik, apalagi haruslah sesi "photoshoot" seperti biasa.




Jumpa yang ni juga...Ni lagi "cool"!!!






24.03.2011...
Day 3..
Location :: Paris..from Disneyland to George Center Pompidou

Kami bangun awal2 pagi sebab "Disneyland" ni sudah keluar daripada kawasan Paris, agak jauh dan mungkin akan mengambil masa satu hari. Bersiap dan minum "hot chocolate" di "cafe" berdekatan hotel kami. Betul2 sebelah dengan stesyen "Voltaire". Bermulalah perjalanan kami untuk ke Diseyland Paris!!!...

1.Dari "Voltaire" kene "stop" di "Nation",

2.dan dari sini kene tukar tren untuk ke "RER A" untuk ke "Marne la Vallee-Chessy".

3.Sampai di "Nation" ada tv untuk tunjuk "train" yang akan datang.

Memang "confuse" sampai terlepas "train". Duduk sekejap dan tiba2 perut terasa memulas...sudah..Tiba2 Yati tanya saya.."Ada bawa tiket?"..Masyaallah..mcamane saya boleh lupa!!! patutlah masa bersiap tadi saya ternampak Yati punya fail tiket atas katil. Macamane boleh terlupa? Memang patut pun kena balik hotel dengan perut saya memulas..dan Yati pun nak pakai "Long John" memandangkan dia tak pakai jaket kulit. Dalam perjalanan memang berdoalah minta perut ni bersabar sekejap...Selepas siap semuanya kami pun terus kan semula perjalanan seperti sebelum ni. Tren ni ada 2 tingkat. Kami duduk di tingkat atas dan perjalanan mengambil masa 45minit ke 1jam. Akhirnya sampai...punyalah gembira Yati ni...whoa!!! dia menjerit.


Kena beratur, cek beg, tak lupa juga sesi fotografi. Sampai pintu ke-2 kena tunjuk tiket dan paspot. Nasib baik bawa. Kami ambil peta "Disneyland". Nak wat "checklist" mana nak pergi dulu.

Kena naik yang Ako cakap tu, "Space Mountain". Saya memang tak tahu benda tu adalah "roller coster"..memang anti betul saya. Tempat pertama, "Sleeping beauty castle". Masuk untuk ambil gambar juga. Adalah beli "souvenier" juga.

Sleeping beauty castle...


Posing sana, sini, situ, sini lagi dan sana lagi. "Next", masuk tempat "Pinocchio". Macam "roller coster" jua tapi takdalah kritikal sangat. Tapi dia punya "angle" nak turun...masyaallah...Kemudian ke tempat ada kapal terdampar. Ingatkan ala2 "Pirates of Carribean"..rupanya "playground" untuk kanak2.







Terus ke "space mountain"..agak berdebar2lah dengar intro dia. Dibuat kita macam betul2 nak naik "space ship". Minta maaflah...saya tutup mata ok. Saya takut. Memang melampaulah dia buat benda tu.."Mostly" suara jeritan yang dengar dari luar memang dari sinilah puncanya. Punyalah saya pejam mata dan menjerit sekuat hati tapi cuma kedengaran suara Yati..Memang musykil tak dengar suara orang lain..Diorang tak menjerit ker? Rasa jantung nak tercabut, perut memang dah goncang2lah...Masa dia "stop" kat puncak untuk turun menjunam tuh...masyaallah...cukuplah sekali seumur hidup...


Keluar je kepala memang pusinglah...terpaksa duduk berehat seketika. Nak stabilkan balik semua2 yang ada dalam badan..cuaca agak panas sedikit dan silau pandangan mata. Masuklah lagi 2, 3 tempat. Lepas tu singgah beli aiskrim. Yati ada beli epal yang "snow white" makan tuh..punyalah keras selaput gula2 dia..



Selepas makan kami bergerak untuk pulang. Penat jugalah. Habis agak awal, dalam jam 4pm sebab dah penat. Bergerak ke stesen "Marne la Valle" semula dan ternampak "post office". Ramah. Sementara Yati tulis poskad untuk Aida dan Erin, saya beli 3 jenis stem. Dari sini nak balik ke "Paris" tak boleh guna tiket yang kami beli 10 carnet tu. Kene beli tiket lain.

Berhenti di stop nation, tukar ke line no.9 menghala ke "Pont de Sevres" tetapi berhenti di "Voltaire". Dalam 30 ke 45min perjalanan. Kalau nak tau arah kene "refer stop" yang terakhir.

Aktiviti balik hotel adalah kemas beg. Maklumlah ada barang tambahan kan? Selepas berehat, solat dan makan, dan destinasi terakhir untuk hari terakhir di "Paris" diteruskan. Agak penat juga sebenarnya, tetapi rugilah kalau tak pergi ke "George Center Pompidou". Kalau ikut tentatif memang dah lari sangatlah. Tetapi memang ada rezeki kami akhirnya sampai juga...niat nak beli jam lagi disitu sebab jam yg before this macam dah buruk jek...


And..here it is...was captured by Yati's eye view..





Di bahagian depan bangunan ni adalah macam dataran boleh duduk2. Ada juga beberapa orang membuat persembahan.


Merasa juga kami "Gelato" seperti yang untie Sal rekemenkan. Sedap!


Kami pun baliklah ke hotel untuk tidor awal sebab esok nak bangun awal sebab memikirkan kena angkut luggage yang beratnya 20kg ditambah begpack 10kg turun dari tingkat 5!!!!

to be continue...