Wednesday, December 28, 2011

continue..Rindu Eropah tawan Damascus..

Mulanya saya memang tak ada perasaan nak baca buku ni. Sudah lama ada pada saya dan sudah lama juga kawan saya paksa saya baca. Adalah dalam beberapa bulan..Sampai saya dah bagi kat tangan dia nak pulangkan pun, buku ni patah balik pada saya.


Balik rumah saya nekad baca. Minta maaf saya kurang berminat baca novel2 Melayu kecuali yang betul2 menang anugerah "SAKO". Saya mencari novel2 yang betul2 memberi informasi dari segi rohani ataupun intellektual seperti Dr.H.M Tuah terutamanya. Ataupun daripada Hasrizal (Aku terima Nikahnya).

Cerita balik pasal 'Rindu Eropah Tawan Damascus'..saya ada pengalaman jadi 'backpackers' tapi saya tak seberani beliau. Bacalah buku beliau, cara penceritaan yang menarik. Yang betul2 membuat saya tertarik:

1. berada di Singapore dan menjadi buruh di tengah2 bulan puasa. Juga kebijaksaan Lah Kiew membahagikan tugas untuk mengelakkan persengketaan.

2. berada di India, melarikan diri daripada pengemis kanak2 dengan menyorok di dalam masjid.

3. membuat aksi seperti Jet li untuk melarikan diri daripada kanak2. Semasa membuat persembahan nyanyian di hadapan pasukan gerila tanpa pengetahuan beliau.

4. betapa runtun hati dan mengalir juga air mata saya bila beliau ditujukan perkataan ni "No Greece for you" untuk kali ke-2 di sempadan masuk ke Greece.

Bacalah..selepas baca..saya menyimpan cita2 untuk travel sorang2..

Wish me luck..

No comments:

Post a Comment