Saturday, July 14, 2012

Nutrition

Saya baru menjadi pengguna/pemakan Herbal Life...tidak, saya bukan hendak menjual disini, tapi kalo ade yg nak beli boleh je...keke..Bila umur semakin meningkat, saya dapat rasakan badan saya tidak lagi kuat seperti dulu. Semasa zaman kegemilangan (study), tak tidur 48jam pun boleh gagah lagi. Sekarang, nak stay up pun kepala dah pening2 lalat. Senaman lagilah...

Saya masih mengamalkan makan "Habbatus sauda", yang ini tambahan..Mulanya saya salah faham..ingatkan Herbal Life adalah makanan tambahan @ supplement. Tidak!! dalam bahasa mudah, ianya adalah makanan, sama seperti makanan harian yg kita ambil, bezanya ianya berkhasiat..Saya makan Herbal Life adalah untuk menggantikan sarapan biasa saya seperti nasi lemak atau roti canai atau segalanyalah yg tak sihat kalau nak senarai....

Baru2 ini saya ada mengikuti program Herbal Life dimana salah seorang speaker adalah seorang doktor..so, banyaklah info yg saya dapat lagi2 mengenai kesihatan organ dan sistem dalaman badan kita. Yg macam inilah yg saya nak dengar..terima kasih kepada Yati (my beloved friend) yg tak jemu2 menjemput saya..ada sebahagian daripada mereka yg bukanlah hendak menjual produk semata2, ada yg bertujuan untuk menolong kawan2 mereka supaya sihat..tujuan utama saya ambil Herbal Life  adalah untuk kesihatan...dan saya tak nafikan mungkin suatu hari nanti saya akan buat secara full time... maybe...who knows kan...tetapi buat masa sekarang saya memang ingin concentrate menjadi seorang interior designer yg very passionate while doing her job, by all means...doing the task and designing using my heart and not only chasing the deadline...

Saya share sedikit (saya salin point2 secara ringkas sahaja..harap maklum) kelebihan produk yg diterangkan oleh Doktor Khadijah...sebagai perkongsian..






ni saya scan dari buku nota saya...sebab tuh rupa die pelik..yg last belah kanan tuh saya unye catitan pasal harga die...apelah sgt duit kalau nak dibandingkan dengan kesihatan yg Allah swt beri...


p/s : nasihat saya..doing your own research, dan bukan banned membuta tuli jika ada yg ingin menjual produk kesihatan...sayangilah badan anda, badan anda adalah pinjaman dari Allah SWT...ingat..pinjam...dahlah pinjam, tak jaga pula...(sendiri fikir2kan...)

No comments:

Post a Comment