Sunday, December 18, 2011

Bila hati merasa ragu..

Kenapa hati saya berdetik untuk membuat perkiraan?
Kenapa hati saya tergerak nak bertanya soalan ini kepada orang ini atau orang itu dan kenapa bukan orang lain??
Kenapa Allah pertemukan saya dengan orang ini atau itu?

..Sebab saya yakin Allah nak bagi saya sesuatu daripada orang ini..

Soalan saya..

salam...saya nak tanya..

1.takpe ke kalau saya pakai produk kecantikan macam pencuci muka, krim muka dan bedak muka,syampu, sabun badan yang tak da tanda halal?
2.Dosa ke kalau saya tengok wayang? mcm cerita2 orang barat?
..


wsm. akak, ana bukan lah orang yang layak untuk beri pandangan tentang ilmu2 fiqh atau hukum, tapi insyaAllah i'll try my best to help. :)

untuk soalan pertama :

ada hadith yang menyatakan tentang syubhah(ragu-ragu) :

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.

(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Means kat sini, kalau akak rasa ragu2 dengan produk tu better jangan guna. Cari produk lain yang jelas halalnya. Akak sendiri pun boleh gunakan produk tu dengan senang hati insyaAllah :)

Ada juga ulama' menyatakan :

إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام
Kalau ada percampuran antara Halal dan Haram, maka dimenangkan yang Haram.

Walaupun produk tu meletakkan bahan2 yang haram walaupun dengan yang sedikit kuantiti, secara automaticnya product tu akan jadi haram dan tak boleh di gunakan lagi.

Macam peribahasa melayu :

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" :)
..

Untuk soalan kedua :

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :


لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), Jika hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya."

Dengan itu ana berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:


Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu dan khusyu' di setiap kali bertemu dengan Allah. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

Tetapi pada hakikatnya, adakah pawagam atau panggung wayang yang sedia ada pada hari ini mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan tersebut?

Adakah benar tidak mengandungi unsur-unsur kurang sopan, tidak bercampur baur lelaki dan wanita, tidak mengundang fitnah dan tiada unsur-unsur yang mengundang bala' daripada Allah? Sudah tentu tidak, ia langsung tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas malahan mencabar hukum Allah dan mengajak manusia lalai daripada mengingati Allah.

Maka haramlah ia seperti mana yang disebut dalam soal jawab JAKIM kerana pawagam-pawagam yang ada pada hari ini jelas mengandungi unsur-unsur yang melanggar syara' dan batas-batas agama.

Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .” Riwayat Tirmizi, hadith Hasan

Jadi ana ingin menyeru diri sendiri juga akak untuk kita sama2 perbaiki diri demi meraih redha Allah semata2.

Sungguh, dalam rangka nak melawan hawa nafsu ni sangat2 memerlukan pengorbanan, paksaan juga tekad yang lahir dari hakikat iman itu sendiri.

InsyaAllah, berdoa pada Allah dengan sungguh2, mohon pada Allah supaya di beri kekuatan pada kita untuk buang segala aib2 kita sebelum ajal menjemput.

Jutaan kemaafan ana mohon pada Allah juga pada akak jika tersilap dan jika ada tak terjawab2 soalan2 yang diajukan oleh akak, moga ada nilainya di sini dan di sana.. insyaAllah

No comments:

Post a Comment