Friday, July 20, 2012

Machine V Human

Machine  versus  Human..
sila baca briefing di bawah ini dulu..(abaikan yg ms kiri tuh...nota campuran kan..ginilah jadinya..)




ini adalah task untuk sessi "interaction" between us. setiap org harus mengemukakan pendapat dan setiap pendapat tidak salah kerana setiap org mempunyai hak. sessi ini utk pilih cara kerja macamane yg anda prefer supaya anda "menyayangi kerja anda".


kita kena ingat, inilah punca rezeki kita, punca dari mana darah daging kita dibentuk.semuanya melalui usaha kita sendiri.ikhlas kah anda bekerja? untuk apa anda bekerja? adakah untuk duit semata2 sebab nak bayar hutang sana sini atau anda yakin ianya adalah satu ibadah kepada Allah swt?
saya pun sedang berusaha keras sekeras2nya untuk melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah swt. kekadang saya tidak kuat, saya lemah dan tunduk dengan tuntutan nafsu. satu cara untuk saya kuat balik adalah dengan dengar "99 nama Allah" yg
"new version"..saya try letak disini tapi tak berjaya...sorry..  :(

 berbalik kepada tajuk diatas, saya tak pilih Machine or Human dan saya pun tak pilih 50/50 walaupun itu adalah pilihan selamat...saya pilih flexible..tetapi semuanya bergantung kepada jenis projek dan task yg diberi..secara ringkasnya ada 4 stages yg harus dilalui bagi merealisasikan sesuatu job dgn jayanya iaitu:


1..Schematic Design Phase
2..Design Development
3..Contract Preparation, and last but not least
4..Contract Implementation..


Ini adalah basic sebab some company ada sampai 5 @ 6 stages..saya percaya setiap stages kita kadang terjadi "machine" sekejap dan kadang jadi "human" sekejap.jadi dengan yakin

flexible disini adalah seperti rajah yg saya lakarkan dibawah (yg ada bulatan dotted x dotted sgt + red arrow)...ok?

Ada masa kita perlu jadi Machine dan ada masa kita perlu jadi Human...ini bukan lalang tetapi lebih kepada mengikut keperluan keadaan seperti, "bila masuk kandang kambing kita mengembek dan bila masuk kandang kerbau menguak"...kalau tak silaplah...






machine boleh jadi harus mengikut sesuatu proses/method tanpa meninggalkan salah satu step. follow the rule with no compromise, follow the 1,2,3 step, dan

human pula merujuk kepada bebas memberi idea dan menambah / mengurangkan / memperbaiki method yg sedia ada bagi menekankan quality than quantity.



Masa untuk menjadi Machine..
1..bila dapat fast track projek
2..bila nak kejar dateline dan dalam masa yg sama ade projek lain nak kene settle juge
3..bila kene tolong other designer dengan meringankan bebanan kerja mereka..(dimana terdapat nilai humanity disini) walaupun masih di dalam fasa machine..



Masa untuk menjadi Human..

1..bila timeline projek tak tight sangat dan mempunyai masa yg secukupnya untuk mencari idea yg lebih baik dan membuat lebih sketches untuk mengekspresskan idea anda dengan tenang..
2..mempunyai lebih masa untuk setiap 4 stages (seperti diatas)


kesimpulannya::tak semestinya fasa machine itu -ve dan tak semestinya fasa human itu +ve kerana billa kita melalui kedua2 fasa ini, kita akan menghargai saat2 berada di salah satu fasa.biase dengar kan, "kadang kita tak hargai apa yg dihadapan kita sehingga kita kehilangannya"..

Tuesday, July 17, 2012

Bagaimana jika..

Salam...

Pernah sekali, semasa berada di ofis lama..
saya tidur sekejap pada lunch hour di bilik material.
Keadaan bilik gelap jika tidak buka lampu.
Masa tu saya berselendang hitam..
kiranya semasa saya nak tidur saya tutuplah muka dan badan saya
dengan selendang hitam dan tidur nyenyak buat seketika...
kedua tangan di perut, seperti keadaan sedang bersolat,
tetapi dalam keadaan baring.

tiba2 saya terjaga..

mata saya jadi kaku..

jantung saya berdebar..

seolah2 masa berhenti seketika..dan
hati saya berkata..

"beginikah didalam kubur nanti,
gelap dan berseorang.."

...sungguh saya takut jika kubur saya nanti segelap ini..

Sunday, July 15, 2012

Save email...

Ape punye tajuk da....

Hahahaaaa....saya pernah mendapat task daripada my bos untuk save previous email (inbox) sebab nak buat email baru. Ingat jadi designer duk perah otak nak design je ke? saya lebih suka jadi seorang yg mahir dalam segala hal..kalau tak mahir or expert pun at least, saya tau tentang selok belok sesuatu perkara (in term of design and management in the ID industry of coz)...Sebab bila org lain tanye what is your specialist? honestly I cannot answer your question..

I'm not:
a concept designer..
a project manager..
a draughtman..
a project designer..or
a contract manager....

Berbalik kepada tajuk diatas..First thing yg terus terbit di kepala otak dan minda saya adalah..what can I get from this task? what can I learn from it?...

kemudian dtg pulak 2nd thought ni sah dari setan nih kan..belajar tinggi2 sampai degree (degree je pun..org lain sampai phd..keke) tapi kene duk copy paste bende2 bodo ni...

Terpulang kepada anda, untuk melihat suatu perkara secara +ve or -ve...for me, ape yg saya pegang dalam diri saya..." there must be a reason behind it...I want to learn, I know I can learn somethng even from a small "dot"."

Jikalau rase diri tuh tak patut wat keje2 bodo yg patut dibuat oleh budak praktikal or admin or org yg bawah dari kita, tidakkah itu namanya...

 "riak/cakap besar/membangga diri"???...

Saturday, July 14, 2012

Nutrition

Saya baru menjadi pengguna/pemakan Herbal Life...tidak, saya bukan hendak menjual disini, tapi kalo ade yg nak beli boleh je...keke..Bila umur semakin meningkat, saya dapat rasakan badan saya tidak lagi kuat seperti dulu. Semasa zaman kegemilangan (study), tak tidur 48jam pun boleh gagah lagi. Sekarang, nak stay up pun kepala dah pening2 lalat. Senaman lagilah...

Saya masih mengamalkan makan "Habbatus sauda", yang ini tambahan..Mulanya saya salah faham..ingatkan Herbal Life adalah makanan tambahan @ supplement. Tidak!! dalam bahasa mudah, ianya adalah makanan, sama seperti makanan harian yg kita ambil, bezanya ianya berkhasiat..Saya makan Herbal Life adalah untuk menggantikan sarapan biasa saya seperti nasi lemak atau roti canai atau segalanyalah yg tak sihat kalau nak senarai....

Baru2 ini saya ada mengikuti program Herbal Life dimana salah seorang speaker adalah seorang doktor..so, banyaklah info yg saya dapat lagi2 mengenai kesihatan organ dan sistem dalaman badan kita. Yg macam inilah yg saya nak dengar..terima kasih kepada Yati (my beloved friend) yg tak jemu2 menjemput saya..ada sebahagian daripada mereka yg bukanlah hendak menjual produk semata2, ada yg bertujuan untuk menolong kawan2 mereka supaya sihat..tujuan utama saya ambil Herbal Life  adalah untuk kesihatan...dan saya tak nafikan mungkin suatu hari nanti saya akan buat secara full time... maybe...who knows kan...tetapi buat masa sekarang saya memang ingin concentrate menjadi seorang interior designer yg very passionate while doing her job, by all means...doing the task and designing using my heart and not only chasing the deadline...

Saya share sedikit (saya salin point2 secara ringkas sahaja..harap maklum) kelebihan produk yg diterangkan oleh Doktor Khadijah...sebagai perkongsian..






ni saya scan dari buku nota saya...sebab tuh rupa die pelik..yg last belah kanan tuh saya unye catitan pasal harga die...apelah sgt duit kalau nak dibandingkan dengan kesihatan yg Allah swt beri...


p/s : nasihat saya..doing your own research, dan bukan banned membuta tuli jika ada yg ingin menjual produk kesihatan...sayangilah badan anda, badan anda adalah pinjaman dari Allah SWT...ingat..pinjam...dahlah pinjam, tak jaga pula...(sendiri fikir2kan...)

Thursday, July 12, 2012

Manifesto..

Latest Brainstorm Session....What is your Design Manifesto??


A manifesto is a written public declaration of the intentions, motives, or views of the issuer, be it an individual, group, political party or government.It often is political in nature, but may present an individual's life stance. Manifestos relating to religious belief are generally referred to as creeds..(Wikipedia..)


Venue... Moon Studio Discussion Room
Presented by... my Self

next session : 18 July, 2012..Machine.

Friday, June 8, 2012

Sesat..

Tak sah kalau tak sesat.. Semenjak berpindah opis dari Kota Damansara ke Bandar Seri Damansara, saya mencuba jalan baru untuk pergi dan balik dari Shah Alam,dan ke kelas dari Bandar Sri Damansara ke UiTM Shah Alam. Hari ini misi berjaya ikut jalan lain tapi tembus ke Sg.Buloh gak. Semalam, try ikut jalan lain..mmm.nasib badan...sesat..bajet confident,nak elak tol..tapi..hmm..jadi berganda2..sib baik kelas posponed after maghrib...hehe.. Dalam hati, nasib baik sesat kat Malaysia lagik..teringat dulu zaman tersesat mase kat london...zaman..ceh..

Saturday, April 7, 2012

Pilih...

Dugaan..

Sebak bila diberi pilihan diantara dua keperluan..
Sedih bila masa diambil dari saya..
Antara ego dan sayang...saya pilih sayang walaupun perit..
Berdepan dengan halangan...
Aku hanya ingin menuntut ilmu dariNya..sungguh..
Tabah..kuatkan hati..berbekalkan semangat dan niat yang satu keranaNya..
Hanya berpegang kepada Niat walaupun sudah terlalu penat hati menanggungnya...
Hanya kepada Allah saya serahkan segalanya..

Dan bila saya benar2 redha..setiap saat..bantuanNya datang...memang benarlah janji2 Allah..sungguh..memang benar...

Friday, February 24, 2012

What are you looking for??

With a bless of warm heart and starting from "one single point", and went through blood and tears for 6 years in the what so called Interior Design Industry thought me what is life journey all about..

how to be strong
how to be independance
how to face the world
how to survive in the crucial momentum
how to appreciate small detailS as simple as a paper clip
how to touch one's heart
and most important thing...

how to aprreciate Allah SWT creation

life itself is a journey of learning..

Wednesday, December 28, 2011

continue..Rindu Eropah tawan Damascus..

Mulanya saya memang tak ada perasaan nak baca buku ni. Sudah lama ada pada saya dan sudah lama juga kawan saya paksa saya baca. Adalah dalam beberapa bulan..Sampai saya dah bagi kat tangan dia nak pulangkan pun, buku ni patah balik pada saya.


Balik rumah saya nekad baca. Minta maaf saya kurang berminat baca novel2 Melayu kecuali yang betul2 menang anugerah "SAKO". Saya mencari novel2 yang betul2 memberi informasi dari segi rohani ataupun intellektual seperti Dr.H.M Tuah terutamanya. Ataupun daripada Hasrizal (Aku terima Nikahnya).

Cerita balik pasal 'Rindu Eropah Tawan Damascus'..saya ada pengalaman jadi 'backpackers' tapi saya tak seberani beliau. Bacalah buku beliau, cara penceritaan yang menarik. Yang betul2 membuat saya tertarik:

1. berada di Singapore dan menjadi buruh di tengah2 bulan puasa. Juga kebijaksaan Lah Kiew membahagikan tugas untuk mengelakkan persengketaan.

2. berada di India, melarikan diri daripada pengemis kanak2 dengan menyorok di dalam masjid.

3. membuat aksi seperti Jet li untuk melarikan diri daripada kanak2. Semasa membuat persembahan nyanyian di hadapan pasukan gerila tanpa pengetahuan beliau.

4. betapa runtun hati dan mengalir juga air mata saya bila beliau ditujukan perkataan ni "No Greece for you" untuk kali ke-2 di sempadan masuk ke Greece.

Bacalah..selepas baca..saya menyimpan cita2 untuk travel sorang2..

Wish me luck..

Saturday, December 24, 2011

Journey of my life...(23 to 26Mac 2011 @ Paris & London)

"Second time" ke Paris saya dah boleh jadi "tourist guide". Bezanya kali ini saya naik "Eiffle Tower", ke "Paris Disneyland" dan masuk ke "Musee de Louvre". Kira qada' yang "first time" ke Paris.

23.03.2011...
Day 2..
Location :: Paris..from Eiffle Tower to Musee de Louvre end with Notre Dame.

Mengikut jadual destinasi pertama adalah "Eiffle Tower". Kali ini saya "purchase Metro ticket" yang untuk 10 carnet. Keluar awal pagi bergerak dari stesyen "Voltaire" ke "Trocadero".Sampai sahaja Yati menjerit...argh!!!! Saya ingat lagi punyalah "excited" dia..Bermulalah sesi "photoshoot" kami dan bermula dengan gambar ni..


Nilah yang membuatkan Yati menjerit.."Her first eye on Eiffle Tower". Banyak "stop" nak sampai sini. Saya pilih "stop" yang sama macam "first time" saya sampai. "Here, I present to you the Eiffle Tower with big love.."


Awal pagi pun orang sudah beratur panjang untuk beli tiket untuk naik ke "Eiflle Tower". Kita boleh pilih samada hendak sampai ke tingkat 2 atau 3 atau terus ke paling atas.


Ni tiket kami...


Sementara Yati beratur saya tolong jenguk2 kan "souvenier" yang ada disitu. "Check" harga dulu dan yang penting adalah poskad. Saya ada hobi baru iaitu hantar poskad untuk diri sendiri.Yang istimewanya ade cop "Eiflle Tower". Gambar pertama adalah poskad yang belum dihantar. Gambar yang ke 2 membuat perkiraan untuk timbang poskad. "Machine" warna kuning tu akan timbang berapa berat barangan kita, bayar guna syiling dan akan keluar setem dan pos disitu juga.



Mula2 naik lif yang besudut hampir "45degree"..Mula2 ok lagi.Sampai ke tingkat 2..ok lagi.

Nak sampai ke "top"...sudah mula rasa gayat. Rasanya saya lebih tutup mata daripada buka mata atau tundukkan pandangan sahaja..


Now...we are at the top!!!!






Lama jugalah berada diatas ni. Sampai 2@3 kali saya ajak Yati turun. Selepas habis tawaf "tower" ni kami turun. Turun guna tangga dan lagilah gayat..


Sampai tingkat 2 singgah di "cafe" untuk alas perut. Jangan tertipu dengan roti yang disebelah kanan tuh. Nampak sedap, berkilat. Indah rupa dari rasa. Ingat tinggal sikit dia sedaplah..Rupanya..tipah tertipu..Memang menyumpah sekejaplah..


Disitu juga terdapat "souvenier shop". Agak mahal. Saya cuma beli gelas kecil ada ukiran gambar "Eiffle Tower". Di tempat lain saya tak jumpa. Nak tambah koleksi. "So far", saya sudah ada yang "Tampere, Paris, Florence dan Venice" punya. Yang "London" tak jumpa lagi yang cantik..


Perjalanan diteruskan ke "Musee de Louvre". Tujuan utama nak berada betul2 dibawah tiga segi kaca macam dalam cerita "The Da Vincci Code". Tengok punya tengok "layout" Muzium baru tahu ada lukisan Mona Lisa di dalam ni. Punyalah cetek pengetahuan..




Ini betul2 dibawah tiga segi kaca.




Kena bayar 10euro untuk tengok "Mona Lisa" digantung di dinding.Kecil je gambar "Mona Lisa" ni rupenyer.




Keluar sahaja dan jalan kaki sedikit jumpalah "Arc de Trompe". Ambil gambar Yati, bukti dah "touchdown" disini walaupun agak panas juga disini.


Perjalanan diteruskan ke "Marc Jacob" di jalan mana pun saya sudah lupa, untuk cari barang pesanan kawan yati..Jalan punya jalan, jumpa kedainya tapi barangnya tak ada. Jumpa satu laluan di kiri kanan penuh dengan pokok berderet. Tengah nak ambil gambar ada orang ajuk kami..1,2,3...(Orang Malaysia rupanya)



Lalu kami pun "accidently" terjumpa tempat ni. Menarik, apalagi haruslah sesi "photoshoot" seperti biasa.




Jumpa yang ni juga...Ni lagi "cool"!!!






24.03.2011...
Day 3..
Location :: Paris..from Disneyland to George Center Pompidou

Kami bangun awal2 pagi sebab "Disneyland" ni sudah keluar daripada kawasan Paris, agak jauh dan mungkin akan mengambil masa satu hari. Bersiap dan minum "hot chocolate" di "cafe" berdekatan hotel kami. Betul2 sebelah dengan stesyen "Voltaire". Bermulalah perjalanan kami untuk ke Diseyland Paris!!!...

1.Dari "Voltaire" kene "stop" di "Nation",

2.dan dari sini kene tukar tren untuk ke "RER A" untuk ke "Marne la Vallee-Chessy".

3.Sampai di "Nation" ada tv untuk tunjuk "train" yang akan datang.

Memang "confuse" sampai terlepas "train". Duduk sekejap dan tiba2 perut terasa memulas...sudah..Tiba2 Yati tanya saya.."Ada bawa tiket?"..Masyaallah..mcamane saya boleh lupa!!! patutlah masa bersiap tadi saya ternampak Yati punya fail tiket atas katil. Macamane boleh terlupa? Memang patut pun kena balik hotel dengan perut saya memulas..dan Yati pun nak pakai "Long John" memandangkan dia tak pakai jaket kulit. Dalam perjalanan memang berdoalah minta perut ni bersabar sekejap...Selepas siap semuanya kami pun terus kan semula perjalanan seperti sebelum ni. Tren ni ada 2 tingkat. Kami duduk di tingkat atas dan perjalanan mengambil masa 45minit ke 1jam. Akhirnya sampai...punyalah gembira Yati ni...whoa!!! dia menjerit.


Kena beratur, cek beg, tak lupa juga sesi fotografi. Sampai pintu ke-2 kena tunjuk tiket dan paspot. Nasib baik bawa. Kami ambil peta "Disneyland". Nak wat "checklist" mana nak pergi dulu.

Kena naik yang Ako cakap tu, "Space Mountain". Saya memang tak tahu benda tu adalah "roller coster"..memang anti betul saya. Tempat pertama, "Sleeping beauty castle". Masuk untuk ambil gambar juga. Adalah beli "souvenier" juga.

Sleeping beauty castle...


Posing sana, sini, situ, sini lagi dan sana lagi. "Next", masuk tempat "Pinocchio". Macam "roller coster" jua tapi takdalah kritikal sangat. Tapi dia punya "angle" nak turun...masyaallah...Kemudian ke tempat ada kapal terdampar. Ingatkan ala2 "Pirates of Carribean"..rupanya "playground" untuk kanak2.







Terus ke "space mountain"..agak berdebar2lah dengar intro dia. Dibuat kita macam betul2 nak naik "space ship". Minta maaflah...saya tutup mata ok. Saya takut. Memang melampaulah dia buat benda tu.."Mostly" suara jeritan yang dengar dari luar memang dari sinilah puncanya. Punyalah saya pejam mata dan menjerit sekuat hati tapi cuma kedengaran suara Yati..Memang musykil tak dengar suara orang lain..Diorang tak menjerit ker? Rasa jantung nak tercabut, perut memang dah goncang2lah...Masa dia "stop" kat puncak untuk turun menjunam tuh...masyaallah...cukuplah sekali seumur hidup...


Keluar je kepala memang pusinglah...terpaksa duduk berehat seketika. Nak stabilkan balik semua2 yang ada dalam badan..cuaca agak panas sedikit dan silau pandangan mata. Masuklah lagi 2, 3 tempat. Lepas tu singgah beli aiskrim. Yati ada beli epal yang "snow white" makan tuh..punyalah keras selaput gula2 dia..



Selepas makan kami bergerak untuk pulang. Penat jugalah. Habis agak awal, dalam jam 4pm sebab dah penat. Bergerak ke stesen "Marne la Valle" semula dan ternampak "post office". Ramah. Sementara Yati tulis poskad untuk Aida dan Erin, saya beli 3 jenis stem. Dari sini nak balik ke "Paris" tak boleh guna tiket yang kami beli 10 carnet tu. Kene beli tiket lain.

Berhenti di stop nation, tukar ke line no.9 menghala ke "Pont de Sevres" tetapi berhenti di "Voltaire". Dalam 30 ke 45min perjalanan. Kalau nak tau arah kene "refer stop" yang terakhir.

Aktiviti balik hotel adalah kemas beg. Maklumlah ada barang tambahan kan? Selepas berehat, solat dan makan, dan destinasi terakhir untuk hari terakhir di "Paris" diteruskan. Agak penat juga sebenarnya, tetapi rugilah kalau tak pergi ke "George Center Pompidou". Kalau ikut tentatif memang dah lari sangatlah. Tetapi memang ada rezeki kami akhirnya sampai juga...niat nak beli jam lagi disitu sebab jam yg before this macam dah buruk jek...


And..here it is...was captured by Yati's eye view..





Di bahagian depan bangunan ni adalah macam dataran boleh duduk2. Ada juga beberapa orang membuat persembahan.


Merasa juga kami "Gelato" seperti yang untie Sal rekemenkan. Sedap!


Kami pun baliklah ke hotel untuk tidor awal sebab esok nak bangun awal sebab memikirkan kena angkut luggage yang beratnya 20kg ditambah begpack 10kg turun dari tingkat 5!!!!

to be continue...