Monday, December 19, 2011

Journey of my life...part 2 (16 to 20Mac 2011 @ Tampere)

17.03.2011...
Day 1..
Location :: Tampere..

Hari ini bangun lewat sedikit..pandang luar dah terang..kemudian "breakfast" dan bersiap2 untuk mengenali bandar "Tampere" dari kaca mata Unti Sal. Bermula dengan menaiki bas. Tiket bas 2.50euro/person untuk ke bandar pergi dan balik dalam masa satu hari kalau tak silap saya..

Kami bergambar di "bus stop" betul2 di depan "apartment" Untie Sal.


On the way...Di kiri kanan penuh dengan pokok2 dan lantai bumi yang diliputi dengan salji..




Sampai sahaja, kami singgah di "market" (Indoor market). Disini terdapat macam2. Daripada barangan keperluan hingga ke makanan seperti roti, boot, bags, ikan salmon. Seumur hidup first time saya makan "smoke salmon". Sedap dan tak hanyir..Agak mahal juga, Yati bungkus 2 ketul untuk bagi Kak nini.




Keluar dari "indorr markiet", berjalan di kawasan sekitar. Jumpa ala2 jambatan Pulau Pinang.



Jalan lagi menikmati salji, baring2, tinggalkan "foot print" dan lalu di jambatan. Apa yang membuat kami teruja adalah gabungan warna-warna ciptaan Allah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.."I have this habit where I will smell and feels the air of the visited country. Different country comes with different air..Try it,remember the taste and make a comparison"















Teruskan perjalanan, masuk ke kedai second hand..sama je macam uptown, cuma disini nampak proper sedikit. Kemudian singgah di kedai "souvenier", belilah poskad, "fridge magnet", key chain.



Berjalan2 lagi di sekitar kawasan, singgah di Mc donald jumpa Mia dengan Aida dan Erin. Selepas say hi, kami teruskan lagi perjalana. Perut sudah mula lapar, singgah di "HES burger", makan "fish n chips"..saya tak suka makan benda2 fish nih, rasa macam hanyir, tapi yang ini sedap, dia punya sos sedap, dah lah besar, fries pun punyalah banyak..



Selepas kenyang, kami pun meneruskan perjalanan untuk ke "The Pynnikki Tower"..Menikmati salji di sekeliling, lalulah kawasan "town", lalu sekolah. Kemudian lalu kawan berbukit dan kiri kanan ada pokok2...nyamannya...segar...




Sampai sahaja, kena bayar 2euro/person kalau nak naik..Tapi kami naik free saja..di bawah ni ada "cafe", untie cakap donut disini famous, tapi lami ,asih kenyang...so tak belilah pulak..sampai atas, ambillah pemandangan dari Tower..






Inilah dia laluan untuk kami datang dan pulang..jauhnye nak menempuh jalan ni balik...


Sebelum pulang ada singgah di "Shopping comples", tapi tak ingat pula namanya..sambil tunggu unti solat.(Kami masih berada dalam keadaan musafir lagi boleh solat jama', kami pusing2 tengok2lah but..barangan disini agak mahal juga.Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk pulang. Menaiki bas yang sama dengan tiket yang sama. Ramai juga yang beratur untuk tunggu bas masing2..



Kami tertidur dalam perjalanan balik..penat sangat..Unti Sal yang gagah sudah biasa berjalan lama kejutkan kami. Sampai rumah, makan lagi, kemas2 beg untuk dibawa ke "cottage". Yati update facebook, saya sambung tengok "Mr.Brain" dan kami tidur dalam 1:30am waktu "Tampere"...Tak sabar nak main ski esok....sweet dream...


to be continue...

Sunday, December 18, 2011

Journey of My Life Part 2...14 Mac 2011

14.03.2011...
Day 1..touchdown aka berkampung di Stonehenge
Location :: Uk..


Seperti biase, bangun di awal pagi dikala semua penghuni sedang nyenyak dibuai mimpi..awal bukan sebarang awal, ini awal jam 2 pagi waktu London!!!
Mandi + breakfast + sambung takuya..
Bergeraklah kami ke station Hammersmith. Tgk2lah sekeliling sebab nak tunggu jam 9.30am..kononnya nak dapat tiket murah…tapi, kena gerak awal gak so purchase le tiket 8 pound utk one way…rugi wei..selepas transit bagai, sampailah ke Waterloo station..ahhaaa..dah 2x sampai sini..bagi peminat sekuel Bourne, perasan tak ada jam yg digantung kat siling tuh…hehe, touchdown tempat matt damon..ok lari tajuk sekejap…hehe
Sampai station, (sebelum tuh berlarilah sebab tak nak lambat)..kene claimed ticket gune machine, 1st time gune nih, stuck beberapa kali + sekodeng org sebelah gune machine, dan adalah die mintak kita masukkan balik kad kredit utk pengesahan bg yg booking tiket gune kad kredit…akhirnya berjaya…setiap org dapat 4 pieces.
Bergerak ke platform 6, masuk, cari tempat duduk..lalu kat
1st class, wrong..
Queit zone, wrong…
Finally, on booking purchased stated no seat reserved, so masa beli dulu memang berserahlah kalo2 tak dak tempat duduk..duduk agak ragu2 masa tuh, setelah sekian lama tiada perkara pelik terjadi kami pun duduk dgn selese sampai tertido2 lah…rupernyer…sangat kosong…keke..
Sile rujuk tentative yg comot bagai dibawah ini…sampai di Salisbury platform 3..stop sepanjang perjalanan yg sebelah kiri…start dari Waterloo berakhir di Salisbury, saje saya catit betul tak train ni ikut jadual mase die…walopun ade lari sikit at least tak jauh sgt…tupun sebab die bergerak lambat sikit…


Sampai je di tempat kejadian, kedua2 pelawat tegar ni blur…sgt blur, saya tanya pegawai disitu, Yati tanye org dalam café..hasilnye, Yati senyum2 kambing sambil ditangan ada secawan hot chocolate..Yati kata,... (“saya tak nak beli tapi bila die tanya saya spontan jawab hot chocolate”…keke…lawak tul…ingat lagi saya muke die)

Kat luar train station nih, ade bas ke Stonehenge upernyer, memang pun tempat stop die kat situ, tapi kene purchase lain. Dalam bas adelah die cite pasal sejarah bagai Stonehenge nih, kami hehe, jakun tgk luar….siap nampak ladang babi..ooppss…kemudian nampaklah kami sayup2 Stonehenge dari jauh…wahhhhhhhhhhhhhhh




Dipendekkan cerita...

kami dapat alat audio citelah point no ni cite nih itu, tapi kami cepat2 set tripod sebab nak posing…1st thing saya ingat bebatu nih aka Stonehenge nih besar setinggi 5 tingkat bangunan, upernye rendah jer dalam 2 tingkat bangunan gitu…lame gaklah kami berposing disitu, sampai bersilih ganti tourist, dari ramai org hingga tinggal berapa kerat org…memang cam berkampung sat..kesimpulannye...ja + kun…keke..


comey dak?...teringat zaman part 01 study pasal history architecture....hmmm...seterusnyer...senaman pagi di Stonehenge...





da kate da...ja + kun...

Working while you on leave..

..The idea of this post came out all of a sudden while Im doing some ammendment as per instructed during my leave..


I love what Im doing..I put my assiduousness in high level while working (either in producing drawing, writing a report or on site). Eventhough my current boss is not an assortive person, but a liberal and generous one if compared to my former boss..which Im thankful for that, I cannot take things for granted. And what most important is the "keberkatan" from the Greatest and Almighty Allah SWT especially on my financial resourcess..

Bila hati merasa ragu..

Kenapa hati saya berdetik untuk membuat perkiraan?
Kenapa hati saya tergerak nak bertanya soalan ini kepada orang ini atau orang itu dan kenapa bukan orang lain??
Kenapa Allah pertemukan saya dengan orang ini atau itu?

..Sebab saya yakin Allah nak bagi saya sesuatu daripada orang ini..

Soalan saya..

salam...saya nak tanya..

1.takpe ke kalau saya pakai produk kecantikan macam pencuci muka, krim muka dan bedak muka,syampu, sabun badan yang tak da tanda halal?
2.Dosa ke kalau saya tengok wayang? mcm cerita2 orang barat?
..


wsm. akak, ana bukan lah orang yang layak untuk beri pandangan tentang ilmu2 fiqh atau hukum, tapi insyaAllah i'll try my best to help. :)

untuk soalan pertama :

ada hadith yang menyatakan tentang syubhah(ragu-ragu) :

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.

(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Means kat sini, kalau akak rasa ragu2 dengan produk tu better jangan guna. Cari produk lain yang jelas halalnya. Akak sendiri pun boleh gunakan produk tu dengan senang hati insyaAllah :)

Ada juga ulama' menyatakan :

إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام
Kalau ada percampuran antara Halal dan Haram, maka dimenangkan yang Haram.

Walaupun produk tu meletakkan bahan2 yang haram walaupun dengan yang sedikit kuantiti, secara automaticnya product tu akan jadi haram dan tak boleh di gunakan lagi.

Macam peribahasa melayu :

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" :)
..

Untuk soalan kedua :

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :


لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), Jika hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya."

Dengan itu ana berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:


Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu dan khusyu' di setiap kali bertemu dengan Allah. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

Tetapi pada hakikatnya, adakah pawagam atau panggung wayang yang sedia ada pada hari ini mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan tersebut?

Adakah benar tidak mengandungi unsur-unsur kurang sopan, tidak bercampur baur lelaki dan wanita, tidak mengundang fitnah dan tiada unsur-unsur yang mengundang bala' daripada Allah? Sudah tentu tidak, ia langsung tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas malahan mencabar hukum Allah dan mengajak manusia lalai daripada mengingati Allah.

Maka haramlah ia seperti mana yang disebut dalam soal jawab JAKIM kerana pawagam-pawagam yang ada pada hari ini jelas mengandungi unsur-unsur yang melanggar syara' dan batas-batas agama.

Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: ‘Sebahagian dari kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya’ .” Riwayat Tirmizi, hadith Hasan

Jadi ana ingin menyeru diri sendiri juga akak untuk kita sama2 perbaiki diri demi meraih redha Allah semata2.

Sungguh, dalam rangka nak melawan hawa nafsu ni sangat2 memerlukan pengorbanan, paksaan juga tekad yang lahir dari hakikat iman itu sendiri.

InsyaAllah, berdoa pada Allah dengan sungguh2, mohon pada Allah supaya di beri kekuatan pada kita untuk buang segala aib2 kita sebelum ajal menjemput.

Jutaan kemaafan ana mohon pada Allah juga pada akak jika tersilap dan jika ada tak terjawab2 soalan2 yang diajukan oleh akak, moga ada nilainya di sini dan di sana.. insyaAllah

Saturday, December 17, 2011

Habbatus sauda @ Black cumin and Honey

I've suffered from period pain since my secondary school untill now especially during the premenstruel. I will try everything or anything to get rid of the pain. I will soak a piece of towel in lukewarm and place it on my stomach and drink a lot of warm water or even bath in it, untill I found this "Black cumin" or "Habbatus sauda".


I will have a small portion of "Black cumin" / "Habbatus sauda" (bite with my front teeth) with a glass of warm water mix well with one tablespoon of "honey" before my breakfast.


And...based on my experience, it is also very helpful to "discharge waste matter" from my body. This is also very helpful tips to whom who have difficulty in "emptying the bowels/constipation/sembelit"..

...You can have further reading and do research regarding this...

Saturday, December 10, 2011

Panggilan dari Allah..

Sumber : Forwarded email from Nor Faiza Rasol.

Allah SWT memangil kita dengan 3 panggilan sahaja..

'Panggilan pertama adalah Azan'
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Pangg ilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab pan gg ilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'

Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia,karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

'Dan panggilan ke-3','adalah KEMATIAN
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 pan ggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya......'

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hin gg a ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'


..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

Thursday, December 8, 2011

Rapuh..

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu